Minggu Usahawan Sabah (MUS2019) telah bermula sejak semalam di Pusat Perdagangan Sabah (STC), Kota Kinabalu. Seiringan dengan Minggu Usahawan Sabah, berlangsung pula Anugerah Usahawan Negeri Sabah di Grand Ballroom Magellan Sutera Harbour.
Pengarah Urusan Norcy Beautylab Sdn Bhd, Norsiah Ahiddin adalah salah seorang penerima Anugerah Usahawan 100 Most Outstanding Entrepreneur Sabah yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
Walaupun baru dalam industry pengilangan kosmetik, Norsiah melahirkan rasa bersyukur dan menganggap pengiktirafan ini sebagai pembakar semangat untuk dia terus berusaha melebarkan empayar perniagaannya.
Norsiah, mengucapkan terima kasih kepada semua yang selama ini tidak putus-putus menyokong dia dalam perniagaan ini.
Menyentuh tentang pencapaian dalam perniagaan tahun ini, Norcy Beautylab Sdn Bhd telah berjaya melahirkan lebih 100 orang Founder Produk Kecantikan seluruh negara.
Disamping itu, syarikat ini berjaya merekrut lebih 100 orang agen dari Seluruh Malaysia, yang menariknya bukan hanya dalam negara tetapi juga agen diluar negara seperti Brunei, Kalimantan dan Singapura.
Oleh itu, beliau menyeru kepada mereka yang ada impian mempunyai produk jenama sendiri dalam bidang kecantikan atau kosmetik untuk melihat tawaran terendah yang syarikat kami sediakan untuk memulakan perniagaan produk jenama sendiri. Mereka yang berminat boleh menghubungi kami melalui Tel/whatsapp: 012-8365418 atau Email: norcybeautylab@gmail.com
0 Comments