Kilang Kosmetik Bina Jenama Sendiri Di Sabah | Adakah anda sedang merancang untuk memulakan empayar perniagaan? Saya pasti anda sedang memikirkan produk apa yang akan anda hasilkan sekarang ini. Ingat, produk yang anda keluarkan mestilah memenuhi permintaan semasa dan keperluan masyarakat kita.
Apabila bercakap mengenai produk kosmetik, kita membayangkan modal untuk memulakan perniagaan jenama sendiri itu sangat tinggi. Dengan MOQ (minimum order quantity) yang telah dihadkan oleh kilang pengeluar, ia menjadikan modal permulaan agak tinggi. Anda perlukan modal yang banyak untuk mula jenamakan produk.
Kilang Kosmetik Bina Jenama Sendiri Di Sabah
Pada kali ini, saya akan berkongsi dengan anda bagaimana membina jenama produk kosmetik sendiri dengan modal yang rendah. Anda tak perlu ke Kilang OEM Kelantan, Selangor dan Negeri-Negeri lain kerana di Sabah sudah ada Kilang Kosmetik dan juga Makmal R & D Kosmetik yang menawarkan pakej permulaan yang tersangat berbaloi untuk Founder Produk baru.
Semestinya, artikel ini khas untuk bisnes pemula bina jenama produk sendiri dengan modal rendah. Antara kilang kosmetik yang terbaik pada masa kini, akan kami kongsikan nanti.
Kilang Kosmetik Norcy Beautylab Sdn Bhd Realisasikan Impian Anda
Untuk pengetahuan anda, Norcy Beautylab Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat bimbingan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang semakin mendapat perhatian Founder Baru dan pihak Kerajaan Sabah khususnya.
Dengan pengalaman selama 3 tahun dalam industri kosmetik dan membuat pelbagai kajian terhadap bahan mentah atas permintaan pelanggan, Norcy Beautylab mengalu-alukan individu atau syarikat yang mahu menghasilkan produk jenama sendiri.
Tawaran untuk bina produk jenama sendiri ini, bermula dengan modal serendah RM99.00 sahaja. Berapakah MOQ yang diperlukan? 10 Unit Sahaja!
6 Langkah Mudah Nak Buat Produk Jenama Anda
Sekiranya anda mempunyai impian menghasilkan dan mengeluarkan produk jenama sendiri, kami di Norcy Beautylab Sdn Bhd menawarkan 6 langkah mudah untuk buat produk jenama sendiri anda bersama kami.
Proses yang anda perlu lalui adalah:
Langkah 1 – BUAT TEMU JANJI
Buat temu janji dengan pihak kami dan kami akan aturkan perjumpaan di pejabat atau dimana mana mengikut kesesuaian serta persetujuan kedua dua pihak.
Langkah 2 – PERBINCANGAN & DISKUSI
Perbincangan kedua dua pihak bagi memenuhi permintaan serta menerangkan secara lengkap kos, moq dan lain lain secara percuma.
Langkah 3 – PENCARIAN BAHAN DAN PENYEDIAAN SAMPEL
Setelah perbincangan mendapat kata putus, kami akan membuat research serta menyediakan sampel produk untuk di cuba oleh anda. Bagi mendapat piawaian terbaik proses ini biasanya berulang kali dilakukan sehingga mencapai tahap keberkesanan satu satu produk dan standard yang anda inginkan.
Langkah 4 – PROSES PENGILANGAN DAN PENGELUARAN
Kami akan mula memproses dan membuat pengeluaran berdasarkan MOQ yang dipersetujui. Kami juga akan menyediakan dokumentasi untuk pensijilan kepada badan badan berwajib bagi memudahkan anda membuat jualan.
Langkah 5 – PERLESENAN & PENSIJILAN
Kami mohon sijil yang diperlukan untuk produk anda untuk menaikkan kredibiliti. Permohonan Token dan Pendaftaran KKM akan kami lakukan bagi memudahkan anda membuat jualan.
Langkah 6 – PACKAGING & PENGELUARAN
Pereka professional kami akan bantu anda mereka casing/bungkusan mengikut citarasa anda. Kami hasilkan packaging terus dari kilang kami, tidak perlu outsource. Produk yang telah siap sedia dihantar ke rangkaian channel pilihan anda.
Mari dapatkan khidmat nasihat percuma bagaimana cara nak buat produk jenama sendiri di Makmal R & D Kosmetik kami!
HUBUNGI KAMI:
Norcy Beautylab Sdn Bhd
Pusat Keusahawanan Matunggong,
Peti Surat 78, 89058, Kudat,
Sabah.
Tel/Whatsaap: 012-8365418
Website: www.norcybeautylab.com
Facebook Fan Page: Norcy Beautylab Sdn Bhd
Instagram: NORCY BEAUTYLAB SDN BHD
0 Comments