Norcy BeautyLab Johan Produk Terbaik Sempena Minggu Usahawan Sabah 2019

Minggu Usahawan Sabah (MUS 2019) baru saja melabuhkan tirai semalam. Event ini berlangsung selama 4 hari bermula dari 12 – 15 Disember 2019. Penglibatan usahawan Sabah didalam MUS 2019 ini amatlah ramai dan memperlihatkan kepelbagaian produk keluaran tempatan Usahawan Sabah.

Bagi Pengarah Urusan Norcy Beautylab Sdn Bhd, Norsiah Ahidin, melahirkan rasa penuh kesyukuran diatas kejayaan dirinya merangkul Anugerah Usahawan Sabah yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Industri dan DIDR. 

Norcy Beautylab Menang Kategori Produk Terbaik Sempena Minggu Usahawan Sabah

Menganggap anugerah ini adalah pembakar semangat dalam mengembangkan lagi empayar perniagaannya, beliau sekali lagi dikejutkan dengan menjadi Johan kategori Produk Terbaik (Bukan Makanan) ketika pameran booth Minggu Usahawan Sabah di Sabah Trade Center, Likas.

Untuk pengetahuan, pihak juri menilai pemenang ini berdasarkan dari segi packaging, kualiti produk dan feedback pelanggan. Pihak juri memilih Norcy Beautylab Sdn Bhd sebagai Johan kategori Produk Terbaik (Bukan Makanan).

Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan sempena MUS 2019 ini, antaranya adalah Booth Pameran Kreatif, Produk Terbaik (Makanan), Produk Terbaik (Bukan Makanan) dan Perkhidmatan Terbaik.

Norcy Beautylab Menang Kategori Produk Terbaik Sempena Minggu Usahawan Sabah

Norcy Beautylab Menang Kategori Produk Terbaik Sempena Minggu Usahawan Sabah
  
Ini bermakna, terdapat 2 pencapaian terbaik kami dalam event Minggu Usahawan Sabah sempena Anugerah Usahawan Sabah (AUS2019) tahun ini. Pencapaian tersebut adalah menerima Anugerah Usahawan Sabah, 100 Most Outstanding SMEs dan Pemenang Produk Terbaik (Bukan Makanan).

Diharapkan dengan pencapaian ini, syarikat ini mampu bersaing dengan pengilang kosmetik yang lain di Malaysia dan melahirkan lebih ramai founder produk yang berjaya bersama kami.

0 Comments