Temui Kami Di Minggu Usahawan Sabah ( MUS2019 )

Temui Kami Di Minggu Usahawan Sabah ( MUS2019 )

Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MTI) melalui Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) serta Kementerian dan agensi yang terlibat dengan pembangunan usahawan akan menganjurkan acara Minggu Usahawan Sabah atau pun MUS 2019 sempena Anugerah Usahawan Negeri Sabah (AUS2019) pada 12 - 15 Disember 2019 bertempat di Pusat Perdagangan Sabah (STC), Kota Kinabalu.

Tujuan mengadakan Minggu Usahawan Sabah 2019 ini adalah untuk:

  1. Mengiktiraf peranan sektor IKS dalam memperkembangkan perniagaan dan aktiviti ekonomi di Sabah dari segi menyediakan peluang pekerjaan, melahirkan lebih banyak usahawan serta menjana peluang perniagaan di Sabah; 
  2. Acara selama 4 hari ini juga bertujuan untuk memberi landasan kepada usahawan IKS mempromosikan produk dan keluaran mereka; serta
  3. Meningkatkan pengetahuan dan kebolehan mereka untuk seterusnya menaikkan kapasiti dan keupayaan sektor IKS di Sabah yang masih ketinggalan berbanding usahawan IKS di Semenanjung Malaysia.

Acara utama yang akan diadakan dalam MUS 2019 ini adalah pameran produk dan barangan yang di perbuat oleh usahawan seluruh Sabah. Produk yang dibuat terdiri daripada kategori:

  1. Makanan,
  2. bukan makanan,
  3. kraftangan,
  4. kecantikan,
  5. dan sebagainya.

Seramai 500 usahawan termasuk Norcy Beautylab Sdn Bhd dan usahawan daripada seluruh pelusuk negeri Sabah akan mempamerkan lebih 1000 jenis produk semasa pameran tersebut. Ini merupakan pameran yang terbesar sekali yang pernah diadakan oleh Penganjur. Penduduk di sekitar Kota Kinabalu adalah di gesa untuk berkunjung ke acara 4 hari ini kerana pengunjung akan berpeluang untuk melihat dan menikmati jenis produk yang begitu banyak dan ikonik kepada berbagai daerah di negeri Sabah. 

Selain daripada pameran ini, pengunjung yang berminat untuk belajar dan berjinak untuk menjadi usahawan boleh berpeluang untuk meningkatkan ilmu dan mendapat pendedahan kepada perniagaan melalui Sesi Perkongsian Perniagaan yang akan menampilkan usahawan-usahawan yang sudah berjaya untuk berkongsikan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam memajukan perniagaan mereka masing-masing.

Sesi Pemadanan Perniagaan juga akan diadakan di mana usahawan yang menyertai pameran ini atau pun berminat untuk memperkembangkan pasaran mereka boleh berjumpa dengan pembeli borong atau pun pengedar untuk membeli produk mereka dalam kuantiti yang besar. Pihak Penganjur telah menjemput sebanyak 8 Pembeli yang besar. Oleh itu kepada usahawan yang ingin memperkembangkan pasaran untuk produk adalah dialu-alukan untuk berjumpa dengan pembeli berkenaan. 

Pengunjung juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik kerana Penganjur akan mengadakan acara Cabutan Tiket Bertuah setiap hari. Di samping itu, Penganjur telah menjemput beberapa artis tempatan untuk menghibur pengunjung-pengunjung. 

Bagi peserta pameran, mereka akan berpeluang untuk menyertai Pertandingan Gerai Pameran Terbaik dan juga Pertandingan Produk Terbaik di mana hadiah-hadiah yang lumayan menunggu pemenang yang berkenaan. 

Temui Kami Di Minggu Usahawan Sabah ( MUS2019 )

Sempena Anugerah Usahawan Negeri Sabah (AUS2019) ini, Pengarah Urusan Norcy Beautylab Sdn Bhd, Norsiah Ahiddin dijangka akan menerima 3 Pencalonan Anugerah Usahawan nanti.

Bersama-sama kita nantikan keputusannya. Anda yang berkelapangan dijemput untuk mengunjungi acara ini yang mana kemasukan adalah PERCUMA.

0 Comments