Norcy BeautyLab TeknoUsahawan Berkemahiran Tinggi

Norsiah Ahiddin, Pengarah Urusan Norcy Beautylab Sdn Bhd pada kali ini telah dipilih sebagai jemputan dalam sesi temubual GRAD TVET pada 30 Januari yang lalu. Temubual ini berkaitan dengan TeknoUsahawan Berkemahiran Tinggi (TVET).

Temubual Bernama Radio ini, menampilkan Prof. Dato' Dr. Azanam Shah Hashim selaku Timbalan Presiden Jaringan Antarabangsa Industri Dan Institusi, Universiti Kuala Lumpur dan Norsiah Ahiddin, Pengarah Urusan, Norcy Beautylab Sdn Bhd.

Norcy BeautyLab TeknoUsahawan Berkemahiran Tinggi

Bagi anda yang belum pernah mendengar perkataan TeknoUsahawan, TeknoUsahawan merupakan satu istilah yang baru bagi usahawan di Malaysia. TeknoUsahawan merupakan gabungan dua patah perkataan Teknologi dan Usahawan.

TeknoUsahawan bermaksud individu atau sekumpulan individu yang bersedia untuk mengambil risiko yang melibatkan aspek teknikal dan kejuruteraan untuk menghasilkan pendapatan.

Norcy BeautyLab TeknoUsahawan Berkemahiran Tinggi
Gambar bersama Norsiah Ahiddin (Kanan), Prof. Dato' Dr. Azanam Shah Hashim (2 dari kanan) dan kakitangan Bernama Radio
"Jemputan ini adalah suatu penghargaan yang besar kepada kami dan kami akan manfaatkan untuk melonjakkan lagi empayar perniagaan Norcy Beautylab Sdn Bhd di dalam dan luar negara".

"Dengan teknologi yang ada, kami yakin boleh membantu lebih ramai Founder Produk di negara ini".

Jika anda terlepas siaran langsung temubual tu, jangan risau sebab kami sediakan rakaman temubual tersebut melalui page Bernama Radio dibawah.



Ingat Norcy Ingat #pakarRNDkosmetik anda!

0 Comments