Cara Menyertai Pitchborneo Khas Untuk Usahawan Di Sabah. Jika anda sedang mencari dana untuk memajukan perniagaan yang anda tengah usahakan, anda boleh menyertai pertandingan Pitch Borneo yang membolehkan anda membawa wang kemenangan sebanyak RM20,000.
Pitchborneo yang juga dikenali sebagai Sabah Got Ideas (SGI) ini merupakan satu pertandingan “pitching” yang dibuka kepada usahawan, samada usahawan baru ataupun usahawan yang sudah berpengalaman.
Pitchborneo telah membantu ramai usahawan tempatan mengembangkan bisnes mereka dan telah berjaya! SGI telah diubah atau dijenamakan kepada Pitchborneo pada 2016. Picthborneo merupakan anjuran Sabah Techpreneur Association (SATA) bersama Kementerian Pelajaran Dan Inovasi (KPSKTM).
Pada tahun 2020, pitchborneo telah ditambah baik dengan temanya “Innovative & Social Entrepreneurship Edition”!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Dalam Program Pitchborneo ?
Bagi anda yang pernah menyertai program pitchborneo ini mungkin dah tahu apa yang anda perlu lalui sepanjang program ini. Walaubagaimanapun, untuk usahawan yang baru nak join program pitchborneo, berikut adalah beberapa perkara yang perlu diketahui berkaitan pitchborneo:
- Pitchborneo diadakan di 4 daerah iaitu Kota Kinabalu, Sipitang, Keningau dan Ranau.
- Penyertaan terhad kepada 30 orang untuk setiap daerah. First come, first serve ! Yuran yang dikenakan adalah RM200 setiap peserta.
- Bengkel selama 2 hari pada hujung minggu. Makan dan minum disediakan.
- Pencarian idea perniagaan juga diberikan. Jika anda belum ada idea untuk perniagaan, bengkel ini akan membantu anda mencari idea perniagaan. Bagi usahawan yang sudah ada perniagaan, bengkel ini akan membantu anda kembangkan idea tersebut.
- Program mentoring. Anda akan dibantu oleh mentor yang telah berjaya dalam pertandingan pitching borneo yang lepas.
- Bengkel 2 hari ini akan memberikan anda peluang untuk bentangkan idea perniagaan dengan potensi maksimum.
- Pemilihan Finalis. Diakhir bengkel ini, pemilihan 5 finalis terbaik akan ditentukan untuk berentap di picthing terakhir yang mana pemenang RM20,000 akan ditentukan.
- 10 peserta terbaik akan dipilih masing-masing dengan hadiah RM20,000 percuma sebagai pemenang di pentas FINAL Pertandingan Pitchborneo 2020.
Cara Penyertaan Pitchborneo 2020
Untuk menyertai Pitchborneo 2020, anda boleh terus mendaftar melalui laman web http://www.pitchborneo.com/
Sebarang pertanyaan tentang Pitchborneo, boleh menghubungi ;
SABAH TECHPRENEUR ASSOCIATION
Pertubuhan Usahawan Teknologi Sabah
016 7097124 (Husni Arafat)
016 9113712 (Ron)
10th Floor, Wisma Bandaraya,
Jalan Masjid Lama, 88000, Kota Kinabalu, Sabah.
Email: Registration@Pitchborneo.Com
Semoga dengan perkongsian Cara Menyertai Pitchborneo Khas Untuk Usahawan Di Sabah ini membantu anda dalam penyertaan picthborneo dan berjaya nanti.
Semoga bermanfaat untuk semua.
0 Comments