Senarai Kilang Kosmetik Bertaraf GMP Di Sabah

Senarai Kilang Kosmetik Bertaraf GMP Di Sabah. Adakah anda usahawan yang mahu menambah produk jenama sendiri sedia ada ataupun usahawan yang baru nak buat produk sendiri? Jika sebelum ini, anda perlu ke Semenanjung Malaysia untuk mencari Kilang Kosmetik, kini anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan Kilang Kosmetik bertaraf GMP di Sabah.

Senarai Kilang Kosmetik Bertaraf GMP Di Sabah


Kilang bertaraf GMP ini menyediakan perkhidmatan untuk memproses, menyelidik dan membuat produk kosmetik jenama anda sendiri dengan mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.


Apakah Itu GMP?

Kita seringkali terjumpa perkataan ini sama ada di kilang atau pada label bungkusan produk. GMP adalah ringkasan daripada perkataan Good Manufacturing Services . Good Manufacturing Services atau GMP Malaysia (Amalan Perkilangan Baik) ialah satu sistem bagi memastikan penghasilan produk yang terkawal dan konsisten mengikut standard kualiti yang telah ditetapkan.

Ia wajib dipatuhi oleh pengilang produk famaseutikal/tradisional serta produk kosmetik berdaftar. Ia meliputi segala aspek proses pengilangan, dari bahan mentah hingga mengurusan kilang dan aktiviti pekerja.  

Info lanjut berkaitan GMP - http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/page.php?id=210


Kawalan GMP di Malaysia

Mengikut undang-undang di Malaysia, pematuhan terhadap GMP merupakan salah satu syarat bagi permohonan pendaftaran produk dan permohonan lesen pengilang.

Ia bagi memastikan bahawa produk yang dihasilkan, dikilangkan secara konsisten dan kualiti terkawal, sesuai dengan kegunaan yang diingini mengikut spesifikasi produk.

Proses meliputi pengilangan produk seperti pembuatan produk, pembungkusan produk serta pelabelan produk.

Pematuhan GMP yang bagus adalah penting dalam proses pendaftaran produk farmaseutikal dan produk kosmetik, dan permohonan lessen pengilang.

Operasi pengilangan yang tidak dikawal boleh membahayakan kesihatan dan keselamatan pengguna. Ia juga penting bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah selamat, berkualiti, berkesan dan mampu meyakinkan pengguna.


Hal berkaitan dengan GMP

Pematuhan amalan ini dapat menangani hal-hal termasuk penyimpanan rekod, kelayakan kakitangan, kebersihan kilang, pengesahan peralatan, pengesahan proses dan pengendalian aduan.

Kebanyakan garis panduan adalah sangat umum dan terbuka, ia membolehkan setiap pengilang memutuskan cara terbaik bagi melaksanakan pematuhan yang diperlukan.

Oleh itu, ia memberikan fleksibiliti kepada pengilang namun perlu dilaksanakan secara berkesan. Prosedur bertulis adalah sangat penting bagi setiap proses yang dijalankan. Ini adalah kerana ia dapat mempengaruhi kualiti sesetiap produk yang dihasilkan.

Pengilang perlu mempunyai sistem di mana setiap prosedur yang diambil, di dokumentasikan secara lengkap dan konsisten. Dengan adanya prosedur ini, segala aktiviti dapat berjalan dengan lebih lancar. Ia juga dapat mengelakkan sebarang masalah yang timbul ketika aktiviti pengilangan dijalankan.

Aspek lain yang dititikberatkan dalam mendapatkan pengiktirafan GMP Malaysia ialah prasarana dan infrastruktur yang menepati keperluan GMP. Pihak pengilang sering memandang remeh dari segi infrastruktur kilang dan bahan binaannya.

Jika ia tidak memenuhi keperluan ini, pengilang perlu mengubahsuai kilang bagi mendapatkan pengiktirafan GMP.

Pengetahuan berkaitan juga perlu diambil berat oleh pengilang dan pengusaha yang ingin mendapatkan pengiktirafan GMP bagi kilang mereka.


Pematuhan GMP

Mengikut undang-undang Malaysia, setiap produk berdaftar farmaseutikal dan kosmetik perlu dikilangkan di premis pengilangan yang berstatus GMP.



Pengusaha juga diberi pilihan sama ada untuk membina kilang atau melantik pengilang kontrak yang diiktiraf.

Premis pengilangan produk yang telah memenuhi pematuhan GMP semasa pemeriksaan awal adalah tertakluk pada pemeriksaan rutin seterusnya.

Kekerapan pemeriksaan seterusnya adalah ditentukan mengikut tahap risiko produk yang dikilangkan.

Jika pihak pengilang didapati tidak mematuhi panduan GMP Malaysia, lesen pengilang boleh ditarik balik.

Produk farmaseutikal atau produk kosmetik yang dihasilkan juga boleh dibatalkan pendaftarannya, sekaligus ditarik semula pengiktirafan pada sesuatu produk.


Senarai Kilang Kosmetik Taraf GMP Di Sabah

Kilang kosmetik yang mempunyai persijilan GMP ini tidak akan menjual krim kosmetik “timbang kilo”.Semua produk yang dikeluarkan bermula daripada proses R & D sebelum mula diproses. Secara umumnya, terdapat beberapa kilang ynag bertaraf GMP di Sabah. 

Namun, kami nak anda semua tahu bahawa kami juga Makmal dan Kilang Kosmetik Bertaraf GMP Di Sabah. Kami menyediakan perkhidmatan R & D, KKM, Memproses dan Pengilangan produk kosmetik anda dengan tawaran harga yang berpatutan.

Dibawah ini merupakan maklumat syarikat kami, terus hubungi kami melalui nombor whatsapp atau menghantar email:

ALAMAT:

NORCY BEAUTYLAB SDN BHD

PUSAT KEUSAHAWANAN MATUNGGONG,

PETI SURAT 78, 89058, KUDAT,SABAH.


WHATSAPP:

http://bit.ly/hubungikamisdisini


EMAIL:

norcybeautylab@gmail.com / admin@norcybeautylab.com


0 Comments