Our Services/Perkhidmatan Kami


Kami adalah pakar dalam membangunkan produk jenama anda sendiri. Kami berpengalaman dalam mereka bentuk membangunkan produk jenama anda khas untuk pelangan.

Antara senarai perkhidmatan yang ditawarkan di Makmal Kosmerik Norcy Beautylab Sdn Bhd adalah:

1. UJIAN MAKMAL (LAB TEST)

Lab test atau lebih dikenali sebagai Certificate of Analysis (COA) adalah laporan penuh dari makmal bagi memastikan sesuatu produk itu bebas dari kandungan merbahaya seperti merkuri, hidrokuinon, dan lain-lain bahan yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna.

Terdapat 2 Lab Test yang kami lakukan iaitu Microb Test (mengesan kuman) dan Heavy Metal Test (mengesan bahan kimia berbahaya)

2. PERSIJILAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

Setiap produk yang dihasilkan di Makmal Kosmetik kami akan dibantu untuk mendaptkan Persijilan KKM.

3. PENDAFTARAN TOKEN

Untuk mendapatkan kelulusan persijilan KKM, Founder produk akan dibekalkan dengan USD Token untuk permohonan dengan KKM. Pendaftaran token ini akan kami buat untuk pelanggan kami.

4. UJIAN DAN PERSIJILAN ORGANIC & NATURAL PRODUK

Kami juga akan melakukan ujian terhadap bahan, memohon persijilan produk organik dan bahan semulajadi yang digunakan untuk penghasilan produk anda. Ini bagi memastikan penggunaan bahan adalah selamat untuk digunakan.

5. R & D

Makmal kami akan mengekstrak dan menguji bahan mentah atau herba yang akan digunakan atau diminta oleh pelanggan terhadap produk mereka. Makmal kami adalah pakar dalam R & D Kosmetik oleh Chemist Bertauliah.

6. KELAS MEMBUAT KOSMETIK

Kami juga menyediakan Kelas Membuat Kosmetik secara percuma dan berbayar. Kelas yang kami adakan samada “Personal Coaching” atau “Group Coaching”.

Sekiranya anda mempunyai bahan dan idea untuk hasilkan produk, kami boleh jalankan kajian produk untuk anda.

Kami juga menyediakan produk yang sudah siap dikaji, hanya menanti Founder untuk memilikinya.

Berminat dapatkan khidmat nasihat dan maklumat lanjut mengenai Bina Produk Jenama Sendiri?

Hubungi kami - KLIK SINI

0 Comments